Monday 27 February 2012

Congratz to...

NURULBADIAH LAI...
coz blog nyer terpilih di antara
blog terbaik dlm majalah Intrend
latest edition...


Sori nurul, kak nrul curi pic ni dlm facebook nurul..hehehe

Actually, Nurulbadiah ni my opismate...
 my jiran sekampung jgk...
dia la yg byk ajar aku psal 
blog2 ni...thnx nurul

teruja tgk dia pnyer follower..
hmpir mncecah 10,000..
wow! so awesome...

BECAUSE SHE IS NURULBADIAH
 I like her so much...



 

Lapar..

Time lapar cenggini
mula la sebok cari makanan...
ermmm...apa yg ader ekk,
bskut, jajan n bla..bla..
hehe...merapu plak

yg bebenornyer ni la mkanan
yg aku grab time lapar
klu duk kt opis..wajib ada tau
jeng...jeng..



wink..wink..sepeket oat cookies 
n scawan D'Folia coffee sudah ckup
untuk mngenyangkan perut...



this meal not only for
nutritios but it so..superb n delicious
x cayer try la..hehe 

Saturday 25 February 2012

Nak...ke..tak nak

hurmmm...
nak ke tak nak ni...
byk sgt lah blok2 yg mghalang..
cmner nih???

Cuba la..klu x cuba xtau
cuba rentasi blok2 yg mnghalang tu..
Lbih baik mncuba drp x mlakukan
apa2... ye tak?

ermm..InsyaAllah
moga Allah permudahkan segala
urusanku...aminn

Wednesday 15 February 2012

Makna Kebahagiaan..


Pasangan bahagia itu
bukan tidak pernah
bergaduh......
 
cuma mereka tidak pernah berdendam,
tidak mengungkit, tidak mengadu masalah
rumahtangga pada orang lain, terus berusaha untuk
saling menyayangi....
 sentiasa memaafkan kesilapan masing-masing
dan sentiasa menjaga aib masing-masing.. 
Dengan mengetahui makna kebahagiaan seperti ini..
InsyaAllah hubungan kita dengan orang tersayang
sentiasa bahagia, diberkati, diredhai kekal hingga ke
syurga Ilahi..........
 

Tuesday 14 February 2012

Jodoh..Usah Mencari Yg Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAP
AN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..
 

Wednesday 8 February 2012

SEMALU...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w  berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Sumber : google

Monday 6 February 2012

CANTIK

Sebenarnya kita cantik. cantik sebab, Allah yang cipta kita.
"Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza" cantik itu kan subjektif

♥ bukan pada hidung yang mancung, ♥ bukan pada kulit yang putih dan gebu, ♥ bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

... ♥ tapi cantik itu bermula dari hati, ♥ dan dipancarkan kepada luaran iaitu,♥ akhlak kita, ♥ pertuturan kita,♥ aurat kita,♥ peribadi kita

.♥ bila hati kita bersih ♥ jauh dari maksiat, ♥ terhindar dari nafsu, ♥

InsyaAllah,♥♥♥ kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt...insyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...